Tuesday 2 October 2012

         Nama saya Muhammad Sabri Bin Sidek. Saya tinggal di Kampung Lembah Gaal, Pasir Puteh,Kelantan.Saya berumur dua puluh tahun.saya dilahirkan pada 10/05/1992.Hobi saya ialah membaca buku,bermain video games,bersiar-siar serta mendengar muzik.Saya mempunyai sembilan orang adik-beradik dan saya anak yang ke-8 daripada sembilan orang adik-beradik..Saya bersekolah di sekolah Menengah Ugama Arab Maahad Saniah,Pasir Puteh,Kelantan dari tingkatan satu hingga tingkatan enam atas. Saya telah mengambil Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia pada tahun 2011 dan keputusan dikeluarkan pada tahun 2012. Dan seterusnya saya telah melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Malaysia Kelantan yang terletak di Kampus kota Pangkalan Chepa.Saya telah mendapat tawaran ijazah sarjana muda teknologi kreatif dengan kepujian iaitu  dibawah fakulti teknologi kreatif dan warisan di Universiti Malaysia Kelantan.Antara subjek yang saya pelajari di Universiti Malaysia Kelantan atau nama singkatannya UMK ialah lukisan,hubungan etnik,english 1 ,kebudayaan dan pembangunan Malaysia,kebudayaan dan tamadun melayu.Ko-kurikulum yang diambil oleh saya ialah rekabentuk weblog.Makanan kegemaran saya ialah nasi ayam dan minuman kegemaran saya pula ialah bandung cincau. Nama akaun FACEBOOK saya ialah sabri sidek.Saya berada di kelas F5.Cita-cita saya ialah menjadi peguam.
           Kehidupan saya di Universiti amat jauh berbeza dengan kehidupan saya di alam persekolahan.Ini kerana sistem pembelajaran di universiti berbeza dengan sisten pembelajaran di sekolah.Begitu juga dengan cara hidup.Kita perlulah mencuba sesuatu yang baru dan menimba pelbagai ilmu baik fardu ain mahupun fardu kifayah.Sepanjang saya berada di universiti,saya terpaksa mengurus diri saya sendiri dari aspek pengurusan diri,makan dan minum,solat, kewangan dan sebagainya.Sepanjang kehidupan saya di Universiti,saya telah diajar pelbagai ilmu seperti kemahiran berfikir,bersosial,menguruskan masa,dan lain-lain.Selain itu,saya telah bertemu dengan pelbagai rakan-rakan baru yang datang dari seluruh pelusuk negeri..Saya dengan hati yang gembira menyambut rakan-rakan baru yang datang dari seluruh pelusuk negeri kerana sudi menyambung pelajaran mereka di negeri kelahiran saya ini.Saya masih lagi cuba menyesuaikan diri saya untuk hidup di universiti kerana kehidupan di universiti adalah sesuatu yang baru bagi saya.Kehidupan saya di universiti telah memberi sinar baru kepada hidup saya kerana saya mendapat peluang untuk berkenalan dengan ramai sahabat dari seluruh pelusuk negeri tidak kira mereka berbangsa melayu,cina,india dan lain-lain.Kehidupan saya lebih bermakna dengan kehadiran sahabat baru saya di universiti malaysia kelantan.sekian,terima kasih.